PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG
BAGI TABUNG KHAIRAT KEMATIAN SURAU ANNUR, TAMAN SOGA
BATU PAHAT, JOHOR
(Pindaan telah dipersetujui oleh para ahli khairat dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang telah diadakan pada 27 April 2025 (Ahad) bertempat di Surau An Nur, Taman Soga)
(Pindaan telah dipersetujui oleh para ahli khairat dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang telah diadakan pada 27 April 2025 (Ahad) bertempat di Surau An Nur, Taman Soga)
FASAL 1. NAMA
1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama
Tabung Khairat Kematian Surau An-Nur Taman Soga Batu Pahat, Johor
Selepas ini disebut “Tabung”
2) Takrif nama : Tabung Khairat Kematian
3) Taraf Pertubuhan : Surau An-Nur Taman Soga
FASAL 2. TEMPAT URUSAN
1) Alamat dan tempat urusan Tabung Khairat ialah
No: 88 JALAN KELAPA GADING, TAMAN SOGA,
83000 BATU PAHAT, JOHOR.
No: 88 JALAN KELAPA GADING, TAMAN SOGA,
83000 BATU PAHAT, JOHOR.
Atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa :
2) Tempat urusan berdaftar dan alamat surat mesyuarat Tabung Khairat tidak boleh diubah tanpa kebenaran dalam mesyuarat AJK Tabung Khairat terlebih dahulu.
FASA 3. TUJUAN / MATLAMAT
3.1 Berkerjasama dengan kerajaan, khasnya Jabatan Agama Islam (Daerah Batu Pahat) bagi melancarkan pentadbiran berhubung dengan pengurusan jenazah secara teratur.
3.2 Mengukuhkan semangat perpaduan bersama, membantu dan menjadi pelengkap kepada penduduk setempat di segi semangat kerjasama yang merupakan amalan kebajikan.
3.3 Memudahkan para waris dan penyelesaian permasalahan fardhu kifayah di kariah.
3.4 Tolong menolong dalam segala lapangan iktisad, di antara ahli-ahli dengan penduduk setempat, begitu juga ahli-ahli dan keluarga dengan jiran Taman-Taman lain.
3.5 Memberi pertolongan untuk menguruskan jenazah sehingga selesai dan memberi wang pembayaran di atas kematian.
3.6 Menyatupadukan penduduk setempat dengan mengambil tahu perihal apabila ditimpa musibah dan sebagainya.
3.7 Kelegaan kepada ahli apabila berlaku kematian untuk menguruskan jenazah insan yang tersayang.
FASAL 4. KEAHLIAN
4.1 Ahli Biasa
Keahlian ini terbuka kepada4.1.1 Warganegara Malaysia beragama Islam dan hanya penduduk yang tinggal di Taman Soga sahaja.4.1.2 Hanya suami atau isteri sahaja yang layak menjadi ahli4.1.3 Jika suami mempunyai lebih daripada seorang isteri, digalakkan pendaftaran dibuat atas nama isteri secara berasingan
4.2 Ahli Lanjutan
Keahlian ini terbuka kepada salah seorang pasangan atau anak-anak ahli yang telah meninggal dunia boleh menyambung menjadi ahli dan perlu mendaftar baru tanpa dikenakan yuran pendaftaran.
4.3 Apabila seseorang itu diterima menjadi Ahli Tabung Khairat ini, maka hendaklah ia dalam masa 14 hari dari tarikh Setiausaha/Bendahari memberitahu, membayar yuran bulanan dan lain-lain bayaran yang berkaitan. Keahlian berkuatkuasa apabila borang dan wang pendaftaran serta yuran setahun terus dibayar..
4.3 Apabila seseorang itu diterima menjadi Ahli Tabung Khairat ini, maka hendaklah ia dalam masa 14 hari dari tarikh Setiausaha/Bendahari memberitahu, membayar yuran bulanan dan lain-lain bayaran yang berkaitan. Keahlian berkuatkuasa apabila borang dan wang pendaftaran serta yuran setahun terus dibayar..
4.4 Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan yuran pendaftaran dan yuran tahunan seperti ketetapan berikut;
4.4(a) Yuran Pendaftaran RM 20.00
4.4(b) Yuran Tahunan RM 60.00Jumlah RM 80.00
4.5 Bayaran dibuat sama ada melalui Bendahari atau melalui kemasukan ke akaun bank atas nama;
SURAU ANNUR TAMAN SOGA BATU PAHAT
(TABUNG KHAIRAT KEMATIAN)
8881059576258 (AMBANK)
dan slip bayaran diberi kepada Bendahari untuk rekod.FASAL 5. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
5.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi Ahli Tabung Khairat hendaklah memberi akuan bertulis kepada Setiausaha.
5.2 Apabila seseorang ahli itu berhenti oleh kerana mati atau diberhentikan, beliau atau waris tidak boleh menuntut apa-apa wang atau faedah-faedah dari Tabung Khairat ini, mengikut Undang-Undang dan Perlembagaan.
5.3 Ahli Tabung Khairat yang telah berhenti atau diberhentikan menjadi Ahli Tabung Khairat yang ingin memohon untuk masuk semula, hendaklah menjelaskan tunggakan pada Tabung Khairat ini (jika ada) sebelum dipertimbangkan mengikut Fasal 4.
5.4 Budi bicara AJK untuk menolak tunggakan yang ada
FASAL 6. SUMBER KEWANGAN
Bayaran Yuran Pendaftaran dan Yuran Tahunan.
6.1 Bayaran masuk dan yuran-yuran yang hendak dibayar adalah seperti berikut;-
6.1.1 Yuran Pendaftaran RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)
6.1.2 Yuran Tahunan RM60.00 (Ringgit Malaysia Enam Puluh Sahaja)
6.2 Ahli yang membiarkan tunggakan yurannya lebih daripada 6 bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha Tabung Khairat meminta ahli tersebut membayar yuran yang tertunggak dalam masa 14 hari daripada tarikh surat peringatan. Jika ahli gagal berbuat demikian maka dengan sendirinya gugur daripada menjadi ahli.
6.3 Jawatankuasa Tabung Khairat mempunyai kuasa menetapkan yuran pendaftaran semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan tunggakan yuran.
6.4 Tabung Khairat ini boleh menerima derma/sedekah/sumbangan.
6.5. Ahli hanya layak mendapat wang khairat kematian setelah sebulan (tiga puluh hari) menjadi ahli tabung khairat kematian.
6.7 Tahun Kewangan bermula daripada 1/1 setiap tahun hingga 31/12 setiap tahun.
FASAL 7. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
7.1 Tiap-tiap Ahli layak menghadiri, bercakap dan mengundi dalam sebarang Mesyuarat Agung Tahunan Tabung Khairat.
7.2 Mesyuarat Agung Tahunan Tabung Khairat Kematian akan diadakan tidak lewat daripada 30hb April setiap tahun. Setiausaha Tabung Khairat hendaklah menghantar satu pemberitahuan mengenai masa, tarikh dan tempat beserta salinan-salinan agenda dan penyata kira-kira kepada ahli-ahli tidak kurang 7 hari sebelum Mesyuarat diadakan.
7.3 Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Tabung Khairat Kematian ialah untuk:-
(a) Menerima laporan Bendahari Tabung Khairat dan kira-kira Tabung Khairat yang telah diaudit bagi tahun lepas.
(b) Membincangkan perkara-perkara lain yang telah dibincangkan sebelumnya.
7.4 Suatu Mesyuarat Agung Luar Biasa Tabung Khairat (tergempar) hendaklah diadakan:-
(a) Apabila Jawatankuasa Tabung Khairat fikirkan mustahak, atau
(b) Atas permintaan bertulis daripada tidak kurang 10 ahli-ahli Tabung Khairat dengan menyatakan tujuan dan sebab-sebab diadakan mensyuarat itu.
7.5 Mesyuarat Agong Luar Biasa (tergempar) yang diadakan atas permintaan ahli-ahli akan diadakan tidak lewat dari 15 hari selepas diterima permintaan tersebut.
7.6 Sekurang-kurangnya sekali ganda daripada jumlah Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah hadir di dalan sesuatu Mesyurat Agung Tabung Khairat untuk mengesahkan perjalanan.
7.7 Mesyuarat AJK Khairat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
7.8 Notis Mesyurat Agung Tahunan Tabung Khairat hendaklah diserahkan 2 minggu sebelum Mesyurat Agung Tahunan diadakan dan disertakan dengan minit Mesyuarat Agung yang lepas.
FASAL 8. JAWATANKUASA TABUNG
8.1 Satu Jawatankuasa Tabung Khairat seperti yang dikenali sebagai pemegang jawatan Tabung khairat hendaklah mengandungi:-
(a) Seorang (1) Penasihat Tabung Khairat
(b) Seorang (1) Pengerusi Tabung Khairat
(c) Seorang (1) Naib Pengerusi Tabung Khairat(d) Seorang (1) Setiausaha Tabung Khairat
(e) Seorang (1) Penolong Setiasusaha Tabung Khairat
(f) Seorang (1) Bendahari Tabung Khairat
(g) Seorang (1) Penolong Bendahari Tabung Khairat
(h) Seorang (1) AJK Seranta Tabung Khairat
(j) Seorang (1) Penolong AJK Seranta Tabung Khairat
(i) Dua orang (2) Pemeriksa Kira-kira Tabung Khairat
(j) Sepuluh (10) Ahli Jawatan Kuasa Biasa atau lebih mengikut keadaan semasa.
Pemegang-pemegang jawatan Tabung Khairat ini dan tiap-tiap Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang menjalankan tugas-tugas AJK dalam Tabung Khairat ini hendaklah Warganegara Malaysia.
8.1 AJK Tabung Khairat seperti di para 8(1) boleh dilantik untuk memegang dan mengetuai apa-apa jawatan “BIRO” diperingkat Tabung Khairat yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa oleh Pengerusi Tabung Khairat dengan persetujuan Ahli Jawatan Kuasa Tabung Khairat.
8.2 Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang dan disokong dalam pemilihan Mesyurat Agung Tahunan dijalankan dua tahun sekali dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Tabung Khairat. Semua AJK hendaklah memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula. Dua orang mengira undi hendaklah dilantik dalam kalangan ahli yang hadir bagi mengira undi. Pengundian boleh dijalankan secara mengangkat tangan atau undi rahsia mengikut keputusan Mesyuarat Agung Tabung Khairat. Jumlah calon bagi sesuatu jawatan tidak dihadkan dan satu jawatan boleh dipegang oleh seorang ahli.
8.3 Setiausaha Tabung Khairat akan memberi satu notis panggilan mesyuarat 14 hari sebelum mesyuarat kepada setiap AJK.
FASAL 9 TUGAS-TUGAS AJK TABUNG KHAIRAT
9.1 Pengerusi dalam masa jawatannya akan menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Beliau mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat apabila telah diluluskan. Beliau hendaklah menandatangani semua cek Tabung Khairat bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
9.1.(a) Pengerusi Tabung Khairat juga diberi kuasa memilih dan melantik mana-mana ahli di dalam Tabungnya untuk memegang jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Penolong Bendahari dan AJK Seranta. Beliau juga diberi kuasa memecatnya atas persetujuan Ahli Jawatankuasa Tabung Khairat. Beliu juga hendaklah menasihat, mengawal dan memberi pandangan yang berguna di atas perkara berkaitan pentadbiran, perbelanjaan, pengeluaran yang tidak mustahak jika kewangan tidak mengizinkan setelah Bendahari memberitahunya dan perkara tersebut hendaklah dikemukakan dalam mesyuarat Jawatankuasa berikutnya.
9.1(b) Apabila ada kematian Ahli atau keluarganya, Pengerusi hendaklah diberitahu dan menziarahi Ahli dan keluarga tersebut atau mewakilkannya jika ketiadaannya kepada Ahli Jawatan Kuasa yang lain untuk melaksanakannya.
9.2 Naib Pengerusi memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
9.3 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja Tabung Khairat mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan. Tanda tangan beliau hendaklah hadir dalam semua cek Tabung Khairat bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari. Beliau hendaklah mengemukakan laporan pentadbiran Tabung Khairat termasuk minit mesyuarat jawatankuasa, senarai ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat setiap ahli, penyata kewangan bulanan dan senarai Ahli Jawatankuasa kecil kepada Pengerusi untuk makluman dan rekod. Beliau juga hendaklah mengemukakan penyata tahunan kepada Pengerusi.
9.4 Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu dalam masa ketiadaannnya.
9.5 Bendahari adalah bertanggungjawab terhadap semua hal Kewangan Tabung Khairat. Beliau hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Beliau hendaklah menandatangani semua cek-cek Tabung Khairat bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.
9.6 Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.
9.7 Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) Biasa hendaklah hadir dalam semua Mesyuarat dan menjalankan tugas yang diarah dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa.
9.8 AJK Seranta adalah bertanggungjawab terhadap persiapan tempat mesyuarat, surat menyurat, kelancaran mesyuarat yang dijalankan, hebahan-hebahan maklumat dan lain-lain.
9.9 Pemeriksa Kira-Kira yang (I) dan (II) dikehendaki memeriksa kira-kira Tabung Khairat Kematian bagi tempoh setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Pengerusi memeriksa kira-kira Tabung Khairat Kematian dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada AJK Tabung Khairat Kematian.
FASAL 10 KEWANGAN TABUNG
10.1 Semua wang yang dikutip adalah menjadi kepunyaan Tabung Khairat Kematian.
10.2 Mesyuarat Agung Tahunan akan menentukan dari masa ke semasa berapa jumlah dari yuran yang akan disimpan di Tabung Khairat sebagai kumpulan wang Tabung Khairat Kematian dan akan menetapkan jenis-jenis perbelanjaan yang akan menggunakan wang Tabung Khairat ini.
10.3 Semua wang dikutip hendaklah disimpan atas nama Tabung Khairat atau 3 orang Ahli Jawatankuasa termasuk Bendahari di bank yang dipersetujui Ahli-ahli Jawatankuasa Tabung Khairat Kematian. Bendahari dibenarkan menyimpan wang di dalam tangan (petty cash) sebanyak tidak lebih RM1500.00 pada satu-satu masa.
10.4 Pembayaran khairat dibuat atas kematian penama yang berdaftar sahaja.
10.4(a) Ahli Tabung Khairat RM 2000.00
10.4(b) Balu / Pasangan Ahli Tabung Khairat RM 2000.00
10.4(c) Ibu/Bapa Ahli RM 500.0010.4(d) Anak-anak Ahli RM 500.00
10.5 Keputusan pembayaran ini adalah daripada Mesyuarat Agung Tahunan Tabung Khairat Kematian. Jika ada apa perubahan mengenai pembayaran tersebut, ia hendaklah diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tabung Khairat Kematian atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Tabung Khairat Kematian.
FASAL 11 PINDAAN UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN
Pindaan Perlembagan / Undang-undang
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luarbiasa. Perubahan-perubahan atau pindaan kepada undang-undang hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan semasa Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luarbiasa tersebut.
FASAL 12 LARANGAN
12.1 Perubahan Alamat Ahli
Adalah menjadi tanggungjawab ahli untuk memberitahu Setiausaha tentang perubahan alamat tempat tinggalnya.12.2 Tiap-tiap ahli hendaklah diberi dengan percuma satu salinan Perlembagaan Tabung Khairat ini apabila Ahli tersebut menjadi Ahli Tabung Khairat.
12.3 Ahli-ahli yang sengaja melanggar Perlembagaan Tabung Khairat ini atau berkelakuan tidak baik hingga mencemarkan nama baik atau merugikan Tabung Khairat ini, bolehlah dipecat dari menjadi Ahli Tabung ini. Sebelum dipecat Ahli tersebut hendaklah diberitahu dengan bertulis tentang sebab-sebab pemecatan dan diberi peluang untuk memberi apa-apa penjelasan yang ada dengan bertulis atau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan khas kerananya. Jika 2/3 Ahli Jawatankuasa yang hadir menyokong pemecatannya, maka ahli tersebut dipecat serta merta. Walau bagaimanapun, ahli itu boleh merayu jika tidak puas hati kepada Mesyuarat Agung Tahunan. Jika berlaku kematian kepada ahli sebelum pemecatannya berlaku, maka beliau masih lagi seorang ahli khairat.
12.4 Penasihat Tabung boleh dilantik di kalangan individu yang difikirkan sesuai oleh AJK Khairat untuk menjadi Penasihat Tabung Khairat Kematian Surau An-Nur Taman Soga, Batu Pahat, Johor.
FASA 13 CARA MEMANSUHKAN
Tabung Khairat Kematian tidak boleh dimansuhkan melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada 1/3 daripada ahli yang sah keahlian dengan ikrar sendiri di dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan kerana tujuan ini. Sekiranya Tabung Khairat Kematian ini dimansuhkan mengikut secara tersebut di atas maka segala hutang dan tanggungan yang sah mengikut undang-undang hendaklah diselesaikan atau dijelaskan dan semua baki wang tabung dikembalikan secara sama rata kepada ahli-ahlinya.
Dikemaskini pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6
(format pdf)